INGAT EMPAT PERKARA
Seandainya kita diberi umur untuk
hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk
memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini sudah 45 tahun, maka
baki umur yang tersisa ada 5 tahun lagi, jika hari ini kita telah pun berumur
49 tahun, bererti sisa umur kita ada 1 tahun lagi. 1 tahun itu adalah waktu
yang sangat singkat, tidak terasa detik demi detik, malah minggu demi minggu
lalu setahun itu telah pun berlalu, tidak terasa ajal sudah di depan mata, jadi
bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat?
Oleh yang demikian, Rasulullah
SAW telah meninggalkan satu pesanan yang amat berharga buat kita semua sebagai
umatnya. Baginda telah bersabda: “Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan,
berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi
kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.” (Hadis riwayat Abu
Naim).
Dengan ini, empat perkara di atas
sangat perlu dititikberatkan oleh kita semua sebagai umat Islam dalam meraih
keberkatan hidup dan keredhaan Allah demi mencapai kebahagiaan di dunia dan
akhirat. Maka seharusnya kita jadikan elemen tersebut sebagai “the way of life”.
Perkara pertama yang disentuh oleh Rasulullah S.A.W ialah bersedekah.
Semua orang mampu bersedekah kerana pemahaman sedekah itu tidak hanya berupa
bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata. Hatta yang
tidak berharta pun masih mampu bersedekah, iaitu dengan menggunakan tenaga
kudrat fizikal tubuh badan untuk membantu orang lain. Apatah lagi seandainya
kita dianugerahkan Allah dengan kemewahan dan sudah pasti lebih mudah untuk
mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu.
Abu Hurairah pernah memberitahu
bahawa Rasulullah SAW ada ditanyakan: “Wahai Rasulullah SAW, sedekah apakah yang paling mulia? lalu Baginda menjawab: “sedekah orang yang tidak mampu dan mulakanlah (memberi sedekah) pada orang
yang banyak tanggungannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu
Daud).
Sabda Rasulullah ini adalah satu
penghargaan besar kepada golongan kurang berkemampuan yang masih bersemangat
menghulurkan sedaya upayanya memberikan sedekah kepada orang lain. Inilah
keindahan dalam Islam kerana sikap saling membantu dititikberatkan dalam
membina masyarakat.
Melalui budaya bersedekah itu
akan membentuk landskap masyarakat penyayang dan prihatin. Perasaan kebersamaan
dan semangat kekitaan pasti wujud kukuh dan berakar umbi teguh dalam masyarakat
yang saling membantu melalui pemberian sedekah.
Perkara kedua yang disarankan Baginda SAW ialah bersikap sentiasa
menyuruh ke arah kemanfaatan dan kebaikan. Skop menyuruh kepada kebaikan
sebenarnya tidak hanya terhad kepada da’ie atau pendakwah saja malah semua
mukmin mesti berasa terpanggil untuk bersama-sama mengajak insan lain kepada
kebaikan. Menyuruh kepada kebaikan juga bermakna kita melaksanakan seruan ke
jalan Allah.
Atas sebab pentingnya aspek ini,
Saidina Ali bin Abi Talib turut mewasiatkan kepada kita berbuat demikian. Kata
beliau: “Serulah manusia ke jalan Allah
(amar makruf) dan cegahlah mereka daripada kemungkaran (nahi mungkar) kerana
apabila kedua-dua perkara ini ditinggalkan, maka tunggulah kebinasaan umat
ini.”
Jadi, apa saja kesempatan hidup
seharusnya kita menggunakannya dengan mengamalkan satu gaya hidup yang saling
menasihati ke arah kebaikan. Tidaklah wajar dalam sebuah masyarakat Muslim
untuk saling menutup mata seandainya melihat adanya sesuatu yang mungkar.
Seterusnya, aspek berbakti kepada kedua-dua ibu bapa juga
diberitahu oleh Rasulullah SAW sebagai elemen yang akan memancarkan keberkatan
kepada umur dan kehidupan kita. Senario semasa jelas masih banyak yang tergamak
mengabaikan perkara ini dan tidak menganggapnya sebagai penting untuk dihayati.
Sesungguhnya persoalan
mengabaikan aspek memelihara dan berbakti kepada ibu bapa akan mengundang
laknat Allah dan pastinya seksa maha pedih menanti anak yang derhaka itu.
Seseorang anak yang derhaka dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa tidak
mungkin memperoleh keberkatan dalam apa saja di atas dunia ini, apatah lagi di
akhirat kelak.
Allah mengingatkan kita yang
bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah
kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat ihsanlah (berbuat baik)
kepada kedua-dua ibu bapa.” (Surah An-Nisa; ayat 36). Ini perintah Allah dan sesiapa ingkar mematuhinya
bermakna melakukan satu dosa besar di sisi-Nya.
Perkara keempat memanfaatkan umur dan memberikan kebahagiaan kehidupan
kita dengan sentiasa memelihara hubungan sesama insan sama ada dengan ibu bapa,
kaum kerabat, jiran tetangga dan juga sesama ummah. Pesan Rasulullah SAW
bermaksud: “Sesiapa yang ingin murah rezeki
dan panjang umurnya, hendaklah dia menyambung hubungan dengan saudaranya
(silaturahim)." (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim).Namun, senario hari ini jelas menunjukkan fenomena bertegang leher dan
berpisah-pisah sudah semakin menebal dalam masyarakat.
Justeru itu marilah kita
sama-sama memanfaatkan nikmat umur, kerana kita tidak tahu di mana dan bilakah
penghujung kepada kehidupan ini. Sementara Allah masih memberi peluang untuk
kita terus hidup, maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya dan bersegeralah
untuk melakukan kebaikan, kerana kita tidak tahu apakah masih ada lagi hari
esok untuk kita? Jika di dunia kita manfaatkan maka bahagia menunggu kita di
akhirat kelak.
بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Setiap ibadat dalam Islam mempunyai kelebihan dan fadhilatnya yang tersendiri. Dengan rahmat Allah jua, kadang-kadang amalan yang sedikit (pada ukuran dan pertimbangan manusia) namun ganjarannya amat besar di sisi Allah Ta‘ala. Kenalah kita manusia menerokai dan mencarinya supaya jangan terlepas dengan peluang-peluang untuk memperolehi ganjaran yang amat besar itu.
Begitulah halnya dengan fadhilat atau kelebihan yang terdapat dalam perkara-perkara sunat selepas berwudhu. Kenapa peluang itu tidak direbut atau dengan kata lain jangan ia dilepaskan begitu saja. Antara perkara-perkara sunat selepas mengambil wudhu ialah:
1. Membaca Doa Selepas Berwudhu
Sunat membaca doa setelah sempurna berwudhu. Adapun cara membacanya ialah dengan menghadap kiblat dan mengangkat atau menadah kedua belah tangan ke langit. Manakala pandangan kedua mata ditujukan ke langit sekalipun dia seorang yang buta. Doa ini sunat dibaca sebaik sahaja selesai berwudhu tanpa diselangi oleh jangka masa yang terlalu lama menurut kebiasaan.. Doa ini juga sunat disudahi dengan selawat dan salam ke atas Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam. Adapun lafaz doa selepas wudhu itu ialah:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ،
َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ َ لا شَرِيْكَ َلهُ، وََأشْهَدُ
َأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوُلهُ، َاللَّهُمَّ اجْعَْلنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ، وَاجْعَْلنِي مِنَ
الْمُتَ َ طهِّرِيْنَ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ إِلاَّ َأنْتَ َأسْتَغْفِرُكَ
وََأتُوبُ إَِليْكَ، وَصَلَّى اللهُ عََلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعََلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَاْلحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَاَلمِيْنَ
َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ َ لا شَرِيْكَ َلهُ، وََأشْهَدُ
َأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوُلهُ، َاللَّهُمَّ اجْعَْلنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ، وَاجْعَْلنِي مِنَ
الْمُتَ َ طهِّرِيْنَ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ إِلاَّ َأنْتَ َأسْتَغْفِرُكَ
وََأتُوبُ إَِليْكَ، وَصَلَّى اللهُ عََلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعََلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَاْلحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَاَلمِيْنَ
Kelebihan Membaca Doa Selepas Wudhu
Adapun antara kelebihan membaca doa ini ada disebutkan dalam sebuah hadis shahih yang diriwayatkan oleh Sayyidina ‘Umar bin al-Khaththab Radhiallahu ‘anhu, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
مَا مِنْ ُ كمْ مِنْ َأحَدٍ يَتَوَضَُّأ َفيُبْلِ ُ غ َأوْ َفيُسْبِ ُ غ اْلوُضُوءَ ُثمَّ يَُقو ُ ل:
"َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ
إِلاَّ اللهُ وََأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللهِ وَرَسُوُلهُ" إِلاَّ ُفتِحَتْ َلهُ َأبْوَابُ اْلجَنَّةِ الثَّمَانِيَُّة
يَدْخُ ُ ل مِنْ َأيِّهَا شَاءَ
(رواه مسلم)
"َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ
إِلاَّ اللهُ وََأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللهِ وَرَسُوُلهُ" إِلاَّ ُفتِحَتْ َلهُ َأبْوَابُ اْلجَنَّةِ الثَّمَانِيَُّة
يَدْخُ ُ ل مِنْ َأيِّهَا شَاءَ
(رواه مسلم)
Maksudnya:
“Tiada sesiapapun di antara kamu yang berwudhu lalu dia menyempurnakan wudhu tersebut (dengan sebaikbaiknya) , kemudian dia mengucapkan:
َأشْهَدُ َأ ْ ن َ لا إَِلهَ إِلاَّ اللهُ وََأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللهِ وَرَسُوُلهُ
(maka tiada ganjaran) melainkan dibukakan untuknya pintu-pintu syurga yang lapan, dia akan masuk (ke syurga) melalui manamana pintu yang disukainya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Sepuluh Soalan untuk Saidina Ali bin Abi Talib سيدنا علي كرّم الله وجهه
Pada suatu hari, sepuluh orang dari kaum Khawarij
bertemu dengan Saidina Ali bin Abi Talib untuk bertanyakan beberapa soalan.
Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya bertujuan untuk menguji kehebatan Ali
sama ada ia bertepatan dengan satu hadith Nabi iaitu: “Aku ini kotanya ilmu
pengetahuan, dan Ali adalah sebagai pintunya.”
Sebaik sahaja bertemu Saidina Ali, mereka dilayan
dengan begitu baik. Salah seorang dari mereka kemudian membuka mulut dan
berkata, "Wahai Ali, kami yang datang seramai sepuluh orang ini adalah
dihantar oleh kaum kami untuk mengajukan pertanyaan kepadamu. Kami akan
bertanya secara bergilir-gilir dan jawapan yang kamu berikan itu akan kami bawa
pulang kepada kaum kami."
“Baiklah, apakah soalannya?" Saidina Ali kemudian
menjawab.
“Wahai Ali, yang manakah lebih
mulia, ilmu pengetahuan atau harta benda, dan apakah sebabnya?” tanya orang pertama.
Lalu Saidina Ali menjawab, “Ilmu pengetahuan
itu adalah warisan para nabi, sedangkan harta kekayaan adalah warisan daripada
Qarun, Syadad dan lain-lain. Oleh kerana itu, ilmu pengetahuan lebih mulia
daripada harta benda.”
Kemudian orang kedua pula bertanya, “Manakah yang
lebih mulia, ilmu pengetahuan atau harta benda, dan jelaskan
sebab-sebabnya?"
“Ilmu lebih mulia daripada harta,
kerana ilmulah yang menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta, si
pemiliknya lah yang memelihara dan menjaganya,” jawab Saidina Ali.
Setelah Saidina Ali berjaya menjawab soalan daripada
orang pertama dan kedua, orang ketiga, keempat, kelima, hingga kesepuluh
bergilir menanyakan soalan, sama seperti yang diajukan oleh orang pertama dan
kedua.
Kepada orang yang ketiga, Saidina Ali menjawab: “Ilmu
lebih mulia daripada harta kerana orang yang berilmu banyak sahabatnya,
sedangkan orang yang banyak hartanya lebih banyak musuhnya.”
Kepada orang yang keempat, Saidina Ali menjawab: “Ilmu
lebih mulia daripada harta kerana ilmu bila disebarkan atau diajarkan akan
bertambah sedangkan harta kalau diberikan kepada orang lain akan berkurangan.”
Kepada orang yang kelima, Saidina Ali menjawab: “Ilmu
lebih mulia daripada harta, kerana ilmu tidak dapat dicuri, sedangkan harta
benda mudah dicuri dan dapat lenyap.”
Kepada orang yang keenam, Saidina Ali menjawab: “Ilmu
lebih mulia daripada harta kerana ilmu tidak akan rosak binasa, sedangkan harta
kekayaan boleh lenyap dan habis akibat masa dan usia.”
Kepada orang yang ketujuh Saidina Ali menjawab: “Ilmu
lebih mulia daripada harta kerana ilmu tidak ada batasnya, sedangkan harta
benda ada batasnya dan dapat dihitung jumlahnya.”
Kepada orang yang kelapan Saidina Ali menjawab: “Ilmu
lebih mulia daripada harta kerana ilmu memberi dan memancarkan sinar kebaikan,
menjernihkan fikiran dan hati serta menenangkan jiwa, sedangkan harta kekayaan
pada umumnya dapat menggelapkan jiwa dan hati pemiliknya.”
Kepada orang yang kesembilan Saidina Ali menjawab: “Ilmu
lebih mulia daripada harta kerana orang yang berilmu mencintai kebajikan dan
kata-katanya mulia seperti orang yang warak, sedangkan orang yang berharta
boleh menjadi melarat dan lebih cenderung kepada sifat-sifat kikir dan bakhil.”
Akhirnya kepada orang yang kesepuluh Saidina Ali
menjawab: “Ilmu lebih mulia dan lebih utama daripada harta kekayaan
kerana orang yang berilmu lebih terdorong untuk mencintai Allah, sedangkan
harta benda hanya membangkitkan rasa sombong, bongkak dan takbur.”
Kemudian Saidina Ali menyambung dengan membaca ayat
Al-Quran dari Surah Al Mujaadilah (58:11) yang bermaksud: “Allah akan
meninggikan orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Sepuluh orang kaum Khawarij itu menjadi kagum kerana
satu pertanyaan mereka dapat dijawab oleh Ali dengan sepuluh jawapan yang
berbeza. Selepas itu, mereka pulang menemui kaum mereka ddengan perasaan puas
serta bertambah yakin bahwa Khalifah Ali benar-benar seperti yang dikatakan
oleh Nabi, iaitu sebagai pintu gerbang ilmu.
-- والله أعلام --
Bagus tazkirah ni....Harap perbanyakkan tazkirah dlm blog tuan mejar
ReplyDelete