Mejar Ustaz Noorismail Hj Omar Al-Kuszani Selamat Datang Ke Blog Ini. Blog masih dalam pembikinan Selamat Melayarinya. Anda boleh bagi pandangan di Buku Tamu. Terima Kasih

Friday, March 8, 2013

BERITA SEDIH......

Assalammualaikum...berita sedih..semasa aku tengah mesyuarat petang kelmarin..Guru Besar kita dihubungi En. Fauzi memaklumkan beliau akan ditukarkan ke Sekolah Berpretasi Tinggi SK Ibrahim. Sedih sungguh, baru tak sampai beberapa bulan..baru nak rancang macam-macam program dah di ambil orang. Sebagai Rakan rasa sedih akan kehilangan seorang yang hebat. Itulah lumrah kita sebagai Penjawat Awam..orang yang hebat akan dibawa pergi...tinggalah kami semua disini. Semoga Cikgu Fauzi gembira dengan tempat barunya. Tak dapatlah kita nak rasa roti jala Cikgu Fauzi pada Ramadhan Tahun ini...Kepada semua rakan, kita doakan rakan kita cikgu fauzi terus gembira dan seronok di tempat kerja barunya...

Wednesday, March 6, 2013

MESYUARAT KECEMERLANGAN TAHUN 6 SKPT






Assalammualaikum...kawan-kawan semua aku tengah mensyuarat kecemerlangan Tahun 6 dengan Guru Besar. Banyak perkara yang dibincangkan mengenai masalah peperiksaan diagnostik Tahun 6. Hari balik pukul berapa pun tak tahun. Tahun 3 dan Tahun 4 ada Kem Bestari Solat diuruskan oleh guru-guru agama dan J-Qaf. Selamat Menjalankan tugas.

SU PEPERIKSAAN UPSR SKPT

Mesyuarat PIBG Kali ke-2

Asssalammuialaikum...malam ni aku ada mesyuarat agung pibg. Nak bincang usul. jadi kepada semua AJK jangan lupa mai malam ni.

Setiausaha PIBG

Taklimat Data Kewangan Kokurikulum dengan Kementerian Pelajaran Malaysia




Assalammualaikum...pagi ni saya ke PPD Kubang Pasu mewakili PPD Kuala Muda / Yan bersama dengan Kapten Roslan daripada SMK Dulang menghadiri Taklimat Data Kewangan Kokurikulum dan Data Kehadiran Kokurikulum. Bersama dengan kami ialah En. Lazit Ahmad Penolong Pengarah Kanan Kokurikulum bersama dengan pegawai dan guru daripada Negeri Perlis Indera Kayangan. Bersama pagi ini juga ialah En. Nordin (Kementerian Pelajaran Malaysia) turun bersama bagi menerangkan tentang Data Kokurikulum. Road Show ini perlu bagi menyampaikan maklumat terkini kepada semua warga sekolah terutamanya PK Kokurikulum. Sehubungan itu, kami sebagai Fasilitator yang akan menyampaikan maklumat di Daerah masing-masing. Kerja semakin bertambah. Maklumat perlu disampaikan kepada semua PK Kokurikulum agar data yang diisi tidak salah dah betul apabila dihantar ke pihak PPD. Taklimat bersurai jam 1.30 tengahari.

Monday, March 4, 2013

TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA SKPT...













Assallammualaikum...pada rakan-rakan sekalian, tahniah diucapkan kepada kontinjen olahraga seramai 32 orang mewakili sekolah dalam pertandingan olahraga peringkat PKG Kuala Muda yang di adakan di SK Teluk Wang. Antara guru yang mengiringi pasukan sekolah ialah Cikgu Roslan, Cikgu Azizah, Cikgu Rahimah, Ustaz Zaki dan Ustaz Faisal. Antara acara yang pertandingkan ialah lari 100 meter, 200 meter, 80 meter berpagar, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru.

Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal berjaya mengutip 5 Pingat Emas, 4 Perak dan 5 Gangsa. Tahniah pada semua guru yang bertungkus lumus melatih dan membimbing kontinjen sekolah. Terima kasih kepada Ustaz Zaki kerana doanya dimakhbulkan Allah. Tahniah...Be The Best, Beat The Rest...

Mejar (KRS) Noorismail Hj Omar

Najib Yakin Krisis Sabah Boleh Diselesaikan dalam masa terdekat




Sabah DiCerobohi.......
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin krisis di Sabah, yang berlarutan sejak awal bulan lalu ekoran pencerobohan warga Filipina dan telah mengorbankan lapan anggota polis Malaysia setakat ini, dapat diselesaikan dalam waktu terdekat.

Sehubungan itu kata beliau, keselamatan penduduk di Sabah adalah "keutamaan kita."

"Marilah kita berdiri teguh di belakang pasukan keselamatan kita dan berharap situasi ini boleh diselesaikan dengan segera," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.

Laporan Bernama malam tadi pula menyebut selepas 21 hari insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, Malaysia dan Filipina meneruskan usaha mencari jalan untuk mencapai satu resolusi damai bagi menamatkan krisis itu.

Ke arah itu, Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dan Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes hari ini menemui Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Lahad Datu.

Sehingga kini, kedua-dua pihak belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan itu.

Kelmarin, Brillantes dan Malaya menawarkan bantuan kerajaan Filipina untuk mencari penyelesaian damai dalam pertemuan ringkas dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Brillantes tiba ke Malaysia pada 25 Februari lalu dalam misi bantuan kemanusiaan konsulat untuk membantu pihak kedutaan Filipina di Malaysia menangani isu pencerobohan kumpulan bersenjata yang didakwa tentera Kesultanan Sulu sejak 9 Februari lalu.

Insiden pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan kumpulan bersenjata itu pada dua kejadian berasingan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Jumaat lepas dan Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabtu lepas, telah mengorbankan lapan anggota polis dan 19 anggota kumpulan pemcercoboh.

Dalam masa sama, Ismail memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna adalah terkawal dengan bantuan dan kerjasama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Sehingga kini keadaan keselamatan masih terkawal dan tiada keadaan huru-hara seperti digembar-gemburkan dalam media sosial," katanya pada sidang media bersama Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Lahad Datu di sini.

Beliau turut menegaskan bahawa moral pegawai dan anggota polis dalam menjaga keselamatan rakyat Sabah kekal berada di tahap yang tinggi walaupun kehilangan lapan anggotanya.

Jaminan Ismail, itu ditegaskan oleh Panglima Angkatan Tentera dan berkata pihaknya menggerakkan anggota tambahan bagi membantu polis mengawal keselamatan di kawasan pantai Timur negeri itu.

"Kami akan membantu polis untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan Sabah," katanya.

Zulkifeli berkata ATM yang kini berada di barisan kedua dalam menangani isu itu, telah menambah kekuatan logistik taktikal dan batalion dari luar Sabah dalam membantu usaha polis menjaga keamanan di negeri itu.

Tinjauan Bernama di kawasan Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, mendapati pihak berkuasa keselamatan menempatkan unit kereta perisai di kawasan itu.

Sementara itu, suasana di Kampung Sri Jaya, Simunul, semalam tenang.

Tinjauan Bernama mendapati laluan masuk ke perkampungan  atas air itu dan kawasan sekitarnya dikawal oleh anggota tentera dan polis dan pasukan keselamatan menasihatkan penduduk, yang masih tinggal di perkampungan itu, supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Keadaan di bandar Semporna pula tetap aman dan terkawal meskipun agak lengang berbanding situasi biasa manakala suasana di Lahad Datu juga dilaporkan tenang.

Musuh Cuba Jejas Semangat Polis, IGP

Pihak yang mendalangi pencerobohan bersenjata di Sabah menyebar khabar angin untuk menjejaskan semangat pasukan keselamatan kita, kata ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar.

Bagaimanapun, polis tidak akan tertipu dengan usaha seperti itu, katanya dalam satu sidang media petang ini.

NONEBeliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa seorang pegawai polis ditahan kerana bersimpati dengan penceroboh tersebut.

Ismail juga diminta mengulas beberapa dakwaan oleh Tenteran Diraja Sulu dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melalui media Filipina.

Mereka mendakwa rakyat Filipina yang tinggal di Sabah melakukan serangan ke atas balai polis dan trak tentera.

Meerka turut mendakwa, menahan empat "pegawai" Malaysia sebagai tebusan.

Dakwaan berkenaan bagaimanapun tidak dapat disahkan dan butiran yang diberikan oleh kumpulan itu juga tidak lengkap.

Sunday, March 3, 2013

PENGUMUMAN

Makluman kepada semua guru yang mengajar Tahun 1, 2 dan 3, maklumat pendaftaran mata pelajaran tuan / puan telah saya daftar di dalam Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Cuma terdapat dua guru yang masih belum saya daftar iaitu Pn. Fathinah dan Pn. Zaidatul di mana maklumat mereka masih belum diterima. Sehubungan itu semua guru perlu bersedia selepas 15 Mac untuk memasukkan data dan maklumat yang berkaitan. Terima Kasih.

Setiausaha Peperiksaan Sekolah.

TAKZIAH....

Assalammualaikum dan selamat pagi hari nak berbicara tentang peristiwa Lahad Datu, Takziah kepada keluarga wira-wira negara yang telah terkorban. Menurut sumber pegawai yang terkorban berjumlah 5 orang. perkara ini amat menyedihkan kita. Bersyukurlah kita yang berada di bumi bertuah. Banyakkan beribadat dan bermunajat memohon keselamatan para wira negara agar dapat mempertahankan negara dan bangsa.  Marilah kita membacakan Al-Fatihah kepada mereka yang telah terkorban. Amin.Kami warga SKPT sayangkan wira negara.

Saturday, March 2, 2013

Tahniah, Warga SK Pinang Tunggal












3 Mac 2013 : Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menjadi johan bagi Pertandingan Hoki kategori lelaki dan perempuan yang berlansung di Padang Hoki Majlis Perbandaran Sungai Petani yang diadadakan pada 28 feb hingga 2 Mac. Tahniah pada semua jurulatih dan guru yang telah melatih pasukan hoki sekolah. Sesungguhnya kejayaan ini memberi makna kepada semua warga SK Pinang Tunggal. Tahniah pada Cikgu Azmi. Jasamu di kenang.

Pada minggu yang lalu juga, Pasukan Bola Jaring sekolah juga menjadi Johan Daerah Kuala Muda/ Yan. Sorotan sepanjang minggu lalu mencipta banyak kejayaan. Terima Kasih Pada cikgu Ismahanani dan rakan-rakannya. Teruskan usaha anda mengharumkan nama sekolah.

Pasukan Bola Sepak SKPT yang diketuai oleh Cikgu Mat Asli pula berjaya menempatkan diri ditempat kedua. Nasib tidak menyebalahi sekolah ini. Namun usaha murni Cikgu Mat, Cikgu Azam, Ustaz Zaidon dan semua guru akan diberi ganjaran yang setimpal. Jangan gusar, tahun depan pasukan bola pula akan menjadi johan.  

Tahniah, pada adik Amir Luqman dan Adriana dari kelas 6 Gemilang berjaya mencapai tahap Nilam. Tahniah pada Cikgu Azlina.

Perkhemahan Tunas KRS KMY Tahun 2013

Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah Malaysia







Pada 28 Februari hingga 2 Mac 2013 yang lalu telah berjalan satu Perkhemahan Tunas KRS Daerah KMY yang dijalankan di Pusat Latihan KRS, Kem Nur Hijrah. Seramai 172 orang peserta melapor diri di Kem ini. Peserta terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Pelbagai aktiviti dijalankan dan menarik minat semua pelajar yang hadir.