Mejar Ustaz Noorismail Hj Omar Al-Kuszani Selamat Datang Ke Blog Ini. Blog masih dalam pembikinan Selamat Melayarinya. Anda boleh bagi pandangan di Buku Tamu. Terima Kasih

KRS KMY


PENGENALAN

Pasukan KRS  atau nama penuhnya Kadet Remaja Sekolah diasaskan pada tahun 1987 oleh Ustaz Mohd Thani b. Hj Shaaban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur. Tujuan penubuhan, aktiviti dan kurikulum pasukan ini telah berjaya menambat hati Kementerian Pelajaran Malaysia. Beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan Ketua Pengarah Pelajaran Malayysia pada masa itu iaitu Tan Seri Zahid Hamidi. Akhirnya pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.  

Keistimewaan Kadet Remaja Sekolah ialah:-
1.  Kurikulumnya disediakan oleh para guru sendiri yang memahami dan menghayati keperluan pelajarnya, mengikut acuan pendidikan berbanding kebanyakan pasukan lain yang berasal dari barat (NGO) atau mempunyai falsafah dan pendekatan berdasarkan badan induk (GO). Sesungguhnya para guru lebih falam kehendak dan halatuju pendidikan kita.
2.  Kurikulum dan perlaksanaannya beroreantasikan kerohanian, menitikberatkan nilai-nilai agama.
3.  Pembentukan pelajar menjadi warganegara yang baik - terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
4.  Kementerian Pelajaran Malaysia adalah badan induk pasukan

DASAR PENYERTAAN SEKOLAH
Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan semua sekolah bantuan penuh kerajaan (SK dan SMK) menubuhkan pasukan KRS/TKRS. Kelayakan sekolah jenis ini adalah secara automatik. Hal yang sama juga berlaku di institusi-institusi latihan guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kelayakan penyetaan pelajar adalah Tahap 2 (sekolah rendah) dan tingkatan 1 hingga 6 atas (sekolah menengah).
Bagi sekolah-sekolah yang bukan di bawah KPM seperti sekolah swasta (rendah dan menengah) permohonan untuk menubuhkan pasukan hendaklah dihantar kepada Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing. Adalah menjadi dasar KPM menggalakkan penyertaan sekolah-sekolah kategori ini demi kebajikan para murid. Bagaimanapun tiada peruntukan kewangan disediakan bagi sebarang penyertaan aktiviti (anjuran PPD, JPN dan KPM) di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, dan hendaklah ditanggung oleh sekolah terbabit.

SEKRETARIAT KADET REMAJA SEKOLAH
Sekretariat KRS merupakan satu kumpulan Pegawai Latihan KRS yang dilantik sebagai jawatankuasa teknikal bagi membantu pentadbiran dan perlaksanaan aktiviti KRS/TKRS di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Terdapat 3 kategori sekretariat KRS, iaitu:
1.  Sekretariat KRS Kebangsaan
2.  Sekretariat KRS Negeri
3.  Sekretariat KRS Daerah

SEKRETARIAT KRS KEBANGSAAN
Terdiri daripada pegawai latihan KRS berpangkat Leftenan Kolonel yang mewakili setiap negeri. Fungsi dan peranan Sekretariat KRS Kebangsaan  :-
1.  Membantu KPM dalam menentukan dasar KRS.
2.  Merancang dan melaksanakan aktiviti di peringkat kebangsaan.
3.  Panel penguji kenaikan pangkat pegawai latihan bagi pangkat Mejar dan Leftenan        Kolonel
4.  Membantu negeri-negeri dalam menjalankan aktiviti di peringkat negeri  dan kebangsaan        dalam aspek teknikal dan latihan.


Taklimat Guru Penasihat Krs / Tkrs Daerah KMY 2013...








Pada 19 Februari yang lalu satu taklimat berkaitan perjalanan Kadet Remaja Sekolah Malaysia Daerah KMY telah di adakan di Pusat Ko daerah KMY di SMK Yan. Semua sekretariat hadir dan bersama dengan para guru penasihat. Seramai 130 orang guru hadir. Penyelia Kokurikulum KMY En. Zamuri Ladening turut hadir bersama memberi sokongan kepada semua pegawai.

Tahniah KMY Berjaya lagi...



Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah Malaysia













Pada 28 Februari hingga 2 Mac 2013 yang lalu telah berjalan satu Perkhemahan Tunas KRS Daerah KMY yang dijalankan di Pusat Latihan KRS, Kem Nur Hijrah. Seramai 172 orang peserta melapor diri di Kem ini. Peserta terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Pelbagai aktiviti dijalankan dan menarik minat semua pelajar yang hadir.

No comments:

Post a Comment